Ratib Al-Haddad
Susunan
الإمام القطب عبد الله بن علوي الحداد
Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad
A. Pendahuluan
Ratib
Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam
Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang
terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib
Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar
Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib
ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau,
‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi
mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar
mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat
yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama
kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota
Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam
Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun
1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa
dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum
solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat
Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib
al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut
selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila
Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun
mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan
dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di
Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa
yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan
terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali
(walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin
dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa
kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini
terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh
pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi
ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa
yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan
kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan
Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah
bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib
ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.
Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas.
Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah
bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad
sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang
kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika
dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir
panjang yang dibuat secara berkala atau cuai[1].
Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam
Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh
kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
B. Syarah Ratib Al Haddad
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول
القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا
وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم – الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ
الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا
الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala
puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari
Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan
oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan
sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil
mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah
15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu
(wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh
Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2.
اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ
ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ
عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2. Allah,
tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki
segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang
mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang
Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul
Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith yang
menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan,
benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ
الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ
كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ
بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ
رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
3. Rasulullah
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan
rasul-rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat
(kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah
tempat kembali”
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan
daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada
seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
4. لاََ
يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ
أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ
تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa atas kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah
jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa
kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh
itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang
kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari
Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril
sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di
atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah
pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun
turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke
bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua
cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul
sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”.
Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
5.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3X)
5. Tiada
Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan
dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari
Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah;
Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali
sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus
kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya,
dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (3X)
6. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. (3X)
Dari
Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w
bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat,
iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana
aturannya apabila engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. (3X)
7. Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari
Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya
dan disukai oleh Allah ialah: ‘SubhanAllah al-Azim dan ‘SubhanAllah wa
bihamdihi.’”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3X)
8. Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
Surah
4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada
Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3X)
9. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah
33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat
ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari
Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat
kepadanya sepuluh kali.
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ. (3X)
10. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari
Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh
atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. (3X)
11. Dengan
nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun
di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui. (3X)
Dari
Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang
membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua
kesakitan akan dialaminya.”
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3X)
12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dari
Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca
ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
13. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah
oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah,
bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia
membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula
dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3X)
14. Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan
oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah
kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang
tiada apa-apa dosa.”
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (3X)
15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)
Dari
Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan
menangis lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada
Allah, sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik
daripada kesihatan
Surah
4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada
Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (7X)
16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam . (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan
dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith
bahawasanya sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh
keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
17. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. (3X)
Seperti
di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak
boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak
mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3X)
18. Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan
oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang
mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan
akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. (3X)
19. Wahai
Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi
Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha
Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui (3X)
Surah
17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama
“Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah
mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara
itu.”
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3X)
20. Wahai
Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa
sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari
Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama
Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana
segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang
Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat,
Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik
nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan
nama-nama-Nya Allah akan memberi.
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
21. Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. (50X)
22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar
tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini
adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka
jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ
وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ
وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ
التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan keatasnya dan keluarganya.
Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan
kebesarannya. Serta Allah Ta’ala meredhai akan sekalian keluarga dan
sahabat Rasulullah, sekalian tabi’in dan yang mengikuti mereka dengan
kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama
mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada yang
mengasihani.
24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
24. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan
segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang
mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada
keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan
perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan
lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku,
surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari
Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan
dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah
al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa
ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si
pembaca itu).
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ
غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ
شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
25. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh,
daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada
kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir)
yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan
orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada
salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya
dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita
sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan
mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda
tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ
شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ
النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan
sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak
disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang
timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Dari
Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad
s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan
hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda
ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
27. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ
باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي
عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا
بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
27. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
28. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ
الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ – أَنَّ اللهَ يُعْلِي
دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ
وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ
وَعَافِيَةٍ.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka
di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka,
rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka
dalam keadaan baik dan afiah.
29. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ
وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد
وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ
بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul
dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga,
dan memberi kita manfaat dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan
berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30. اَلْفَاتِحَة
إِلَى
كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ
الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ
اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ
وبَرَكَاتِهِمْ
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.
31. (ويدعو القارئ):
31. Berdoalah disini apa yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ
اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ
مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ
بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ
الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا
بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ
تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا
مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا
وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ
مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ
بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah
yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk
kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala
kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan
peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara
hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak
kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala
kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha
Pelindung dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh
kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (3X)
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari
Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: Rasulullah
s.a.w. bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga
tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;”
dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu
neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari
neraka.”
انتهى الراتب الشهير
Tamat Ratib Al-Haddad
http://www.alhawi.net
2 komentar:
Assalamu'alaikum Wr.Wb
Maaf sebelumnya mau menanyakan bolehkah mengamalkan rotib hadad tanpa ada ijazah dari guru atau habib?
Wassalamu'alaikum Wr.Wb
wa'alaikumsalam wr wb
boleh, isi ratib adalah bacaan2 dzikir yg diperintahkan Rasulullah saw. Apa yang diperintah Rasulullah saw diamalknan setiap muslimin. Jadi sunnah Nabi saw tidak harus dengan ijazah, tapi dengan ijazah afdhol, karena dengan adanya ijazah berarti ada jalinan sanad yang bersambung kepada Nabi saw melalui guru2 kita.
wallahua'lam
Posting Komentar